Monday, May 4, 2020

Mencintailah Seadanya

Setiap orang ada bahagian masing-masing
Ada yang diberi rezeki di sini, tidak di sana
Ada yang dikurniakan itu, tidak yang ini

Ya Allah
Alhamdulillah tsumma alhamdulillah
Allah Maha Mencintai
Dia yang Maha Penyantun
Dia yang Maha Lemah lembut
Dengan penuh kasih dan sayang
Dia membelai dengan caraNya

Mencintailah Seadanya

Thursday, July 11, 2019

Masih Membela Thaghut

Salah yang padahal tak disengajakan,
namun kepada manusia
Saban hari kau kemurungan

Mengingat akan “maha besar” nya kesalahan
Dan penyesalan dan kekesalan atas apa yang berlaku
Seolah ia adalah gunung yang meruntuh di atas dada dan bahumu.
Sebal tak berpenghujung.
Melainkan jika setelah engkau mendapati dia tersenyum memaafkanmu.

Ironinya
Kesalahan mu kepada Tuhan yang menciptakanmu
Ternyata hakikatnya jauh lebih besar
Namun kau kumankan
Kau telan, kau tanam, kau diam.
Tiada apa yang berlaku tadi.

Adapun sesekali kau kesal dan sugul akan keingkaranmu dalam melakukan amal ketaatan,
Ia hanya sementara
Kau masih mampu ketawa
Dan bergembira
Seolah lalat yang hinggap pada batang hidungmu
Yang kau nyah kan begitu sehaja.

Engkau meminta ampun sekali.
Dua kali.
Dan kau terus memperdajalkan diri.

Terus dalam redhamu kepada diri.
Terus dibuai angan-angan sangkaan
Bahawa Allah TELAH memaafkanmu.

Buktinya?
Tiada.
Hanya kerana Dia membiarkan mu hidup tanpa azab seksa hina.
Astaghfirullah.
Astaghfirullah.
Astaghfirullah.

Engkau pasti sedang mengajarkan aku sesuatu.
Engkau padahal lebih besar dan agung berbanding manusia.
Ampunkan aku ya Allah.
Jadikan aku hambaMu yang taat kepada perintah Mu.

Barangsiapa mahu menjadi seorang hamba Tuhan yang baik,
Pastilah dia juga akan menjadi baik kepada makhluk Penciptanya.
Allah bantulah aku untuk menjadi hambaMu yang bersyukur.


Sunday, July 7, 2019

sia-sia

sia-sia
banyak waktu yang aku biarkan berlalu sia-sia

memikirkan seseorang yang aku kira hanya bertepuk sebelah tangan

aku cuma melukut di tepi gantang

kehidupan aku
banyak dihabiskan untuk orang lain

tapi,
jika nawaitu tu betul, insyaAllah, Allah takkan biarkan ia sia-sia

aku tiada cinta
kerana mengharap balasan penghargaan

sedangkan cinta itu
adalah tentang sanggup berkorban
hanya kerana ingin mencinta
bukan memikirkan tentang balasan

Allah
semoga ini menjadi asbab
aku hanya ingin meraih cintaMu
bersandar hanya kepadaMu
sentiasa memikirkanMu
merindui untuk saatnya melihat wajahMu
bergelumang tenggelam dalam cinta hanya kepadaMu

berhenti mengharap pada manusia
kerana ia hanya berbalas luka dan lupa
sedang insan lain bergelak tawa bersama yang lain
aku masih bodoh setia dan terus setia
padahal ia cuma manusia penuh kelemahan dan alpa

nawaitu
lillaahi taala.


Wednesday, July 3, 2019

jika ada jalan bahagia, mengapa pilih untuk derita

gambar hiasan je. langit tak bertiang. gunung dibangunkan kukuh. tapi sekejap je dunia ni.. 


jika ada jalan bahagia,
kenapa pilih untuk derita?

jika ada pintu untuk kemaafan,
mengapa masih menyimpan api kemarahan?

sesak dada
lelah jiwa
apabila kesalahan orang sentiasa kita ingat
hak kita yang tidak tertunai
segala penipuan dan ketidakjujuran
jelas terbayang di benak dan fikiran

terkadang hampir saja gila mengenang
mengapa perkara yang tidak diundang
begitu bertalu-talu terjadi pada diri
terseksa separuh mati

padahal rezeki itu milik Allah
dan ia diberi dalam pelbagai rupa
sedangkan bahagia itu ada di sini
ya, pada hati yang mengerti
akan percaturan Ilahi

lihatlah takdir melalui sudut pandang Pencipta
barangkali ia menjawab doa-doa lama

mana mungkin engkau dibiarkan mengatakan beriman
sedang kalian tidak diuji

mana mungkin syurga yang dipinta itu
gampang saja diberi tanpa perlu membayar sebarang mahar

ya.
barangkali itu lah jawapannya
bersangka baiklah dengan Tuhan
kerana Dia yang menciptakan segala
dan Dialah yang memiliki segala perbendaharaan

engkau hanya pengemis miskin yang melarat
bukan saja tak mampu menangkis mudarat
mendatangkan manfaat juga tak dapat

engkau tidak lain, hanya hamba yang sering menzalimi diri
dan Dialah, Tuhanmu yang seringkali berlemah lembut
Maha Pengasih dan Penyayang
mengambil mu lagi dan lagi
dari lumpur busuk dan semak berduri
menyelamatkan mu
menemani mu
bersama mu
asal engkau merasa Allah itu wujud ada
dan engkau menjaga akad nya

Tuesday, October 17, 2017

terlalu banyak untuk dunia

urusan dunia ku telah melalaikan aku.
lalai dari solat awal waktu.
lalai dari membaca alquran setiap hari.
lalai dari menjaga mathurat pagi dan petang.
lalai dari kewajiban ku ke atas suami dan anak-anak ku serta ibubapa ku.
(dan seluruhnya)
lalai untuk merawat ruh ku; adakah sihat atau telah mati jiwa.

lalu adakah aku akan terus menambah lagi urusan dunia ku?
dengan alasan untuk menambah saham akhirat ku?

tahun yang berlalu telah membuktikan
bahawa aku bukanlah seorang yang mampu menguruskan banyak
kewajiban dalam satu masa.
aku mengabaikan keluarga ku, pekerjaan ku, dan masa untuk jiwa ku sendiri.

lalu akankah aku mengulanginya kembali?
akankah aku mampu melakukan dengan lebih baik?
sedangkan tanggungjawabku semakin bertambah.

aku tak fokus.
aku tak serious.
aku tiada objektif yang spesifik.
.
aku masih lagi terawang-awang mengejar bayangan indah alam maya.
masih lagi hanyut mengikut lajunya deras arus kehidupan.
aku masih tidak berenang sendiri.
aku masih tidak berpijak di bumi nyata.

dan malang sekali.
hampir habis separuh masa kehidupan ku tersia-sia.
aku masih lagi tiada tujuan spesifik.

*sigh*



jauhnya aku dengan kehidupan agamaku


DIRI
1. bacaan alquran 10ms sehari
2. solat awal waktu
3. tutup aurat sempurna
4. berkata baik atau diam
5. tahan diri dari marah dengan ammarah (emosi)
6. mathurat sughra pagi dan petang
7. almulk sebelum tidur
8. istighfar 100kali setiap hari
9. hafazan juzuk 30, 29. (2017-2018)
10. tahan diri dari bersangka buruk
11. qiyamullail 4kali seminggu (doakan utk keluarga dan semua makhluk)
12. bersegera melakukan kebaikan (kena cepat2)
13. jujur dengan Allah

ANAK-ANAK
1. ikhlas dengan mereka, elak perkataan buruk (kerana kalam itu doa)
2. ajar akhlak yang baik (suka membantu, jujur, bersih dan kemas, penyayang)
3. ajar doa harian
4. hafazan surah lazim (lazimi setiap sela waktu)
5. ceritakan kisah2 nabi dan sahabat
6. doktrin supaya suka solat dan suka quran (jadi huffaz), nak mati syahid
7. doakan mereka agar Allah pelihara hingga kembali semula ke syurga
(dari syurga mereka datang, dan mereka mesti kembali ke syurga)

SUAMI
1. berkata baik / santun  atau diam
2. taat selagi tidak bertentangan dengan syariah
3. sentiasa menyokong dan mendoakan yang terbaik
4. pada setiap cabaran, yakin dengan janji Allah
(taat Allah, Rasul, suami, solat dan puasa >> masuk syurga dari pintu mana yang
aku suka)

MASYARAKAT & JIRAN
1. concern with my patients.
2. nice to all people. usaha untuk menyebarkan salam.

3. beri sedekah dengan rahsia. rasa takut bila beramal.
4. berlapang dada dengan semua (serendah ukhuwwah)
5. doakan untuk semua orang.
6. Islam akan tertegak di muka bumi ini samada aku berusaha atau hanya melihat.
Maka aku nak sama2 berusaha atau sekadar melihat?

ya Allah, izinkanlah aku mendekati Mu.

Tuesday, September 26, 2017

hidup ini terlalu singkat untuk membenci

lepas satu. satu.
satu demi satu sahabatku dijemput ilahi.
hidup aku semakin dekat dengan waktu ajal yang sentiasa menanti.

aku takut ya Allah.
takut untuk bertemu denganMu.
sebab aku takde amal lagi untuk dipersembah.

kadang kadang lepas solat, aku lihat tangan aku, jari jemariku.
yang semakin muncul garisan tua.
semakin kusam dimakan usia dan kerja rumahtangga.
terkenang aku, pada akan reputnya jari jari ini dimamah bumi.

aku tak mahu ya Allah
tubuhku menjadi rentan dek urusan kelalaian
biarkanlah tubuh ini menua bersama sibuknya urusan kebaikan
lalu aku mati dalam keadaan hancur
bertemu dengan Mu tanpa perlu dimandi dan dikafan

hidup ini terlalu sebentar untuk memendam amarah dan hasad
doakan semua orang
semua orang
kekasih, orang biasa, musuh dan kafir.
semoga semuanya Allah bagi kebaikan dan hidayah
agar Allah bagi ilham pada aku macam mana nak sampaikan kebaikan hatta
pada binatang (hm. mungkin kecuali lipas, sawang, semut perosak, dan cicak,
dan tikus. aku bunuh mereka. tapi bukan niat menzalimi. cuma aku nak pastikan
rumah aku bersih dan kurangkan risiko penyakit)

Allahu rabbi
ampunkan dosa semua sahabatku yaAllah
kuatkan mereka yang sedang kau uji
ganjari mereka kebaikan atas kesabaran mereka..
ameen..

Saturday, March 26, 2016

Bagaimana Aku dengan Umur Ku

bagaimana aku dengan umurku
umurku saban hari semakin tua
namun jahiliyyah ku tetap sama
malah semakin bermaharajalela

solatku bagaimana kualiti dan kuantiti nya
qiyyam ku apa khabar
puasa sunat ku lari ke mana
bacaan quran ku istighfar saja
Bagaimana pula zikir dan sedekah ku
Apalagi jariah ku
Allahu rabbi

aku..
wahai aku..
bagaimana kamu

Allah Tuhan yang Maha Penyayang
Dia Maha baik kepada mu
Dia seperti yang kamu kehendaki
Maka ya Tuhan.. jadikanlah aku sebaik2 hamba seperti yang Engkau cintai

Aku tak seperti para sahabat
Yang akan menginfaq keluarkan segala harta yang bosa membuat mereka lalai daripadaMu
Aku, masih memerlukan kepada harta-harta ku
Adakah aku, masih mengutamakan dunia?

Aku masih meletakkan dunia dalam hati ku
Akhirat itu yang berada dalam genggaman ku
Yang aku mampu melepaskan nya dengan sebelah mata
Sedang dunia, aku simpan baik di dalam jiwa

Hadooiiii

Pening kalau fikir tentang nasib ku
Caca merba
Tak bersedia langsung rasanya ingin dipanggil Tuhan kembali ke perkampungan abadi
Kalau begini lah keadaan diri

Air mata keinsafan telah kering kontang
Sejak aku melahirkan

Benarlah
Anak dan harta adalah perhiasan ujian
Yang jika tidak diolah dengan baik pasti boleh menjauhkan kita dengan Tuhan

Ya Allah..
jadikan harta dan anak anak ku sebagai batu loncatan untukku syahid pada jalan Mu
bukan menjadi pendinding untuk aku mara berjihad di jalan Mu

biarkan lah tubuh ini rentan kerana letih dan lelah berjuang pada jalanMu
bukan lumpuh akibat penyakit tua yang binasa

aku ingin menemui Mu dalam keadaan hancur luluh
samada ditembak atau di bom
kerana aku tak sanggup menghadapi kesakitan lama akibat penyakit kronik atau kanser
dan kerana aku tak sanggup menghadapi sakaratul maut

maka jika cita citaku adalah syahid
aku kena merancang strategi dari sekarang
bagaimana untuk aku bisa membenarkan janji

1. solat di awal waktu
2. baca quran setiap hari 1 juz
3. solat sunat dan witir
4. puasa
5. sedekah dan infaq
6. wakafkan diri untuk agama

biarkan dirimu hancur kerana menegakkan kalimah Laa ilaa ha illallah

ya Allah
perkenankan lah