Thursday, July 11, 2019

Masih Membela Thaghut

Salah yang padahal tak disengajakan,
namun kepada manusia
Saban hari kau kemurungan

Mengingat akan “maha besar” nya kesalahan
Dan penyesalan dan kekesalan atas apa yang berlaku
Seolah ia adalah gunung yang meruntuh di atas dada dan bahumu.
Sebal tak berpenghujung.
Melainkan jika setelah engkau mendapati dia tersenyum memaafkanmu.

Ironinya
Kesalahan mu kepada Tuhan yang menciptakanmu
Ternyata hakikatnya jauh lebih besar
Namun kau kumankan
Kau telan, kau tanam, kau diam.
Tiada apa yang berlaku tadi.

Adapun sesekali kau kesal dan sugul akan keingkaranmu dalam melakukan amal ketaatan,
Ia hanya sementara
Kau masih mampu ketawa
Dan bergembira
Seolah lalat yang hinggap pada batang hidungmu
Yang kau nyah kan begitu sehaja.

Engkau meminta ampun sekali.
Dua kali.
Dan kau terus memperdajalkan diri.

Terus dalam redhamu kepada diri.
Terus dibuai angan-angan sangkaan
Bahawa Allah TELAH memaafkanmu.

Buktinya?
Tiada.
Hanya kerana Dia membiarkan mu hidup tanpa azab seksa hina.
Astaghfirullah.
Astaghfirullah.
Astaghfirullah.

Engkau pasti sedang mengajarkan aku sesuatu.
Engkau padahal lebih besar dan agung berbanding manusia.
Ampunkan aku ya Allah.
Jadikan aku hambaMu yang taat kepada perintah Mu.

Barangsiapa mahu menjadi seorang hamba Tuhan yang baik,
Pastilah dia juga akan menjadi baik kepada makhluk Penciptanya.
Allah bantulah aku untuk menjadi hambaMu yang bersyukur.