Tuesday, September 26, 2017

hidup ini terlalu singkat untuk membenci

lepas satu. satu.
satu demi satu sahabatku dijemput ilahi.
hidup aku semakin dekat dengan waktu ajal yang sentiasa menanti.

aku takut ya Allah.
takut untuk bertemu denganMu.
sebab aku takde amal lagi untuk dipersembah.

kadang kadang lepas solat, aku lihat tangan aku, jari jemariku.
yang semakin muncul garisan tua.
semakin kusam dimakan usia dan kerja rumahtangga.
terkenang aku, pada akan reputnya jari jari ini dimamah bumi.

aku tak mahu ya Allah
tubuhku menjadi rentan dek urusan kelalaian
biarkanlah tubuh ini menua bersama sibuknya urusan kebaikan
lalu aku mati dalam keadaan hancur
bertemu dengan Mu tanpa perlu dimandi dan dikafan

hidup ini terlalu sebentar untuk memendam amarah dan hasad
doakan semua orang
semua orang
kekasih, orang biasa, musuh dan kafir.
semoga semuanya Allah bagi kebaikan dan hidayah
agar Allah bagi ilham pada aku macam mana nak sampaikan kebaikan hatta
pada binatang (hm. mungkin kecuali lipas, sawang, semut perosak, dan cicak,
dan tikus. aku bunuh mereka. tapi bukan niat menzalimi. cuma aku nak pastikan
rumah aku bersih dan kurangkan risiko penyakit)

Allahu rabbi
ampunkan dosa semua sahabatku yaAllah
kuatkan mereka yang sedang kau uji
ganjari mereka kebaikan atas kesabaran mereka..
ameen..