Thursday, November 14, 2013

wahai Tuhan. orakkan derapku.

sepertinya aku mahu keluar dari suatu zon kecil yang super selesa.
zon kecil di mana aku hanya perlu memikirkan tentang aku. aku. dan aku lagi.
cukup hanya dengan begini. ikuti saja peredaran masa dan percaturan manusia lain ke atasku.
selesa, bukan?

tidak.
dunia bukan tercipta begitu.
dan kehidupan ini bukan berobjektif begitu.
memang ia tempat bergurau senda.
namun bahagianya bukan menyuruh kita untuk leka.

ruang ini hanya aku titipkan untuk luahan rasa.
ya Tuhan. jadikan aku manusia yang lebih baik tujuan menciptaannya.
yang tercipta bak matahari yang menerangi tatkala siang.
atau rembulan purnama yang menyuluh kala malam.
atau, pohon rendang tempat makhluk lain berteduh.
atau, jadikan aku tetap tumbuh berdiri bila keliling ku selesa pada kerenekan.

mukmin itu, yang paling baik adalah yang bertaqwa.
dan sungguh, bagi orang bertaqwa, akan Allah tunjuki jalan keluar bagi kesulitannya.
serta rezeki yang luas dari pintu-pintu yang tak terjangka.

nazarku satu.
ya. hanya Engkau yang tahu.

Tuhan.
saat ini semacam Kau menyedarkan aku.
betapa kesenangan itu bukan bermula dengan kemudahan.
dan betapa pengakhiran sesuatu itu bukan dari ketetapan kami menentukan.
semuanya dari Mu. seluruhnya di bawah Mu.

sungguh tawakkal itu.
seperti seekor burung yang mengepakkan sayapnya lalu terbang dari sarang di pagi hari untuk mencari rezeki yang ia tidak ketahui.

Rabbi.
jadikan aku manusia ukhrawi.
jadikan akhirat itu sentiasa di hati.
yang aku ketap ketat dan kedap pada gerahamku.
dan jadikan dunia ini ada dalam genggamanku.
yang bisa aku kuasainya dan mampu melepaskannya.

Allahu.
kala kaki ini terasa berat untuk melangkah.
bantulah aku Tuhan.
berikanlah aku kekuatan dan kesungguhan untuk mengorak derap demi derap menuju cinta dan redhaMu.

Wednesday, September 4, 2013

diari ummi III : manja ummi

Amboi2 mentang2 cuti panjang..
Sakit lepas bersalin pun dah banyak hilang
Free betul aku kerja nak upload n update itu ini
Mentang2 lagi bayi dalam hari ni banyak tidur
Hehe

Tapi ada budak suka tidur bawah ketiak
Ada jugak eh budak yg tahan bau busuk mak dia
Lagi suka kalau berpeluh2
Tapi kekadang kelakar jugak tengok aksi 'macam nak termuntah' dia
Hihihi

Sayang ummi yang manja ni..
Penat je ummi dan walid sediakan baby cot, siap cat khas lagi
Penat je walid belikan bantal dan bedding set
Tengok2 lengan dan riba ummi lebih laku daripada semua yg beratus2 tu
Haha

Ye. Ini hari ke-12 ummi cuti
Ada lagi... 78hari.
Ummi sgt harap JKN Perak terima ummi
Dan kita boleh duduk tinggal dgn walid sekali
Oh
Tapi kita sedang memikirkan rumah mana akan kita duduk
Nursery mana yang akan sayang ummi dijaga
Hospital mana ummi akan kena kerja
Serta
Jiran tetangga yang bagaimana kita akan hadapi
Dan ummi berharap ada aktiviti usrah dan tarbiyah kat sana
Ummi dah rindu lah nak aktif macam dekat u dulu
Sayang ummi tolong bagi kerjasama, ya?


Tuesday, September 3, 2013

diari ummi I : saat aku mula bergelar ummi

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Peristiwa yang tak mungkin aku mahu lupakan. Walaupun ada part2 yang aku nak lupakan. Aku tulis ni supaya nanti aku boleh baca balik.

Hari pertama, aku bermimpi bayi ku lahir. Rambutnya banyak. Lebat. Hal itu aku sampaikan pada teman sejiwa. Barangkali mimpi itu kerana semua kelengkapan telah siap. Katil bayi setiap hari aku renung. Almari dan baju2 comel nya. Begitu juga perut yang makin memboyot. Rindu mahu melihat si dia. Senyum.

Minggu tu aku memang kerja kuat (ikut skala kudrat aku lah). Berdiri mengisi bakul2 dan troli2 ubat tanpa henti dari pagi sampai tengahari. Tengahari pulak berkejar naik turun kaunseling alat2 ubatan. Sampai petang.

..Sakit perut. Kejang kaki. Aku berhenti. Kemudian sambung lagi. Letih. Amat sangat. Pada teman sekerja aku mengadu. Tapi apa lah dia boleh buat. Hanya sekadar mendengar dan memberi riak simpati. Tapi memang aku tengah kerja, kerja lah. Kalau tak nak kerja minta lah cuti. Hm.

Cuti aku mohon awal seminggu dari tarikh due. Bermula 26 Ogos. Minta surat pengesahan dari O&G. Settle.

Hari ke-2, malam itu perut terasa amat sakit. Hajat dah tertunai, namun sakitnya tak hilang. Seperti senggugut. Tak. Lebih dari itu. Aku fikir, barangkali inilah false contraction tu.

Masuk hari ke-3, segala assessment dan requirement Logbook telah cuba aku penuhi sedayanya. Ke hulu ke hilir mengejar masa. Preceptor pun, boleh tahan jugak songeh nya. Mengapa diaplikasi peraturan baru pada pelatih lama. Dulu kata lain, kini lain ceritanya. Pasrah. Segera mungkin aku cuba puaskan hati. Demi tandatangan mereka yang begitu mahal nilainya. Sehabis daya, bila dirasakan tiada cara, aku katakana pada mereka, "tolaklah saja markah saya mana yang perlu jika ada lagi yang lompang tak terpenuhi dengan kehendak kamu." Alhamdulillah. Memang akhirnya cukup2 makan saja. "Banyak alasan" itu kata mereka. Hm. Terima saja lah. Mungkin aku tak setinggi harapan mereka. Aku banyak kelemahan saat ini.

Kerana itu aku menjadi sangat kecewa. Ya. Aku mengaku. Aku terkilan. Sedih itu aku bawa ke sana ke mari. Pada lisan aku bertutur, dalam hati aku mengenangkan ketegaran manusia2 itu. Dan saat itu juga, darah mula kurasakan turun. Tapi aku fikir itu hanya discharge akibat terlalu letih. Aku biarkan. Tugasan2 yang diberi terus aku selesaikan.

Petang hari ke-4, khamis, aku pergi follow up seperti dijadual. Sempat aku mengadu pada staff nurse yang mengelola. Bimbang dek primid, dia rujukkan aku pada doktor. Teruja, Kak Wana yang aku temui. Dia sahabat akhawat. Tenang dan damai merawat ku. Alhamdulillah. Tiada rasa kesakitan melainkan sedikit malu. Jam 1500 22 Ogos, jalan telah terbuka 1cm! Kepala bayi telah dapat dirasa. Tanda2 kelahiran juga telah ada.

Hilang rasa sakit bila tahu mahu dihantar ke Labour Room dengan segera. Dari KK Maharani ke HPSF yang cuma sejengkal, ambulan tetap mahu diguna. Lucu. Terkenang pada peristiwa H1N1 5 tahun dulu. Ketawa kecil. Mujur saja kerusi roda tak diambil atendan. Aku masih bias berjalan laju. Suamiku telah ku maklum, pasti dia tak senang duduk. Senyum lagi.

Pesakit overflow, aku yang ke-5 menunggu untuk diperiksa. Dari 1530, 1730 baru dilayan. Ya lah. Walaupun staff, dan dirujuk oleh teman sendiri kepada doktor pilihannya, tapi malu lah kalau cut que.. Sementara menunggu aku berlegar2 dalam segenap ruang yang ada. Niatnya jika benar anakku mahu keluar, biarlah cepat jalannya terbuka. Puas hati bila terasa sakit. Tanda ada kemajuan.

1800, 3cm telah terbuka! Tiada pilihan untuk dibenarkan balik. Aku sebaliknya dibenarkan admit ward. Segera, insan tercinta berkejar dari Ipoh.

Lapar. Lapar sangat. Aku minta sister benarkan aku keluar. Off course lah tak bagi. Aku bagitau aku hypo. Entah kenapa. Kesedihan tadi terbawa, kerana itu aku menangis. Mungkin juga kerana tiada siapa menemani. Diorang suruh aku minta tolong waris yang belikan makanan!? Nama aku disebut berulangkali dalam W14 tu. Glamour sekejap. Masuk waktu maghrib, aku solat. Nama aku diseru kesekian kali. Disangka aku menghilang. Huhh. Ya. Aku mahu hilang sebentar dari dunia. Mahu mengadu pada Tuhan ku akan keletihan yang dirasa.

Tak mampu duduk diam. Tidur juga tak mampu. Aku perlu buat keputusan. Samada mahu cepat usai, atau slow and steady. Cepat. Itu lebih baik. Jadi, aku cangkung dan bangun, squatting, meregang segala otot. Juga melompat kecil dan berlari. Agar contraction lebih kerap berlaku. Dari 10 minit sekali, kepada 5 minit 3 kali pada jam 0417. Staff nurse yang melihat keadaan tu memanggil doktor untuk memeriksa ku. Masih 3cm. Kecewa. Sedih. Pada jalan yang tiada perubahan meskipun sakit dah tak lagi tertanggung. Tertonggeng2 atas katil. Letih. Inilah titik ujian yang paling lemah. Ujian kesakitan.

Ia hingga membuatkan aku menangis. Mengenang seksanya saat manusia menemui ajal. Mereka kata kesakitan mahu melahirkan selepas kesakitan nyawa mahu dicabut. Memikirkan pula tentang keazaban api neraka yang lebih lama berbanding apa yang tertanggung saat kini membuatkan aku meraung. Ya Rabbi.. ampunilah segala dosaku dan bantu lah aku melepasi ujian ini.
Aku melompat lebih tinggi. Lebih laju. Agar bayi ini lebih cepat engaged ke pintu rahim. Dan agar contraction lebih cepat ke fasa aktif. Jam 0545, ngilu yang amat telah terasa. Segera aku berlari pada staff nurse untuk memanggil doktor. Alhamdulillah, 5cm! Dan saat itu azan dilaungkan. Airmata bercucuran. Sakit berbaur syukur.

Usai solat subuh, aku dibawa ke Labour Room. Maklum darah dan air ketuban belum keluar. Solat masih lagi wajib ke atasku. Kali ini terpaksa solat dalam keadaan duduk. Sambil mengalirkan airmata solat itu kurasakan seperti doa paling agung sebelum aku pergi 'berjuang' sebentar lagi. Allah kurasakan begitu dekat. Lebih dekat dari urat leher. Ya. Malam itu malam jumaat. Hujan turun sepanjang malam hingga paginya.

Gagal menghubungi suami ku, SMS ku tinggalkan. Dia sedang menunaikan solat. Usai, dia berlari ke Labour Room. Aku telah dimasukkan ke Bilik 10. CTG begitu lama. Daro jam 0630 hingga 0700. Reaksi bakal ibu di bilik berdekatan membuatkan aku merasa sedikit terganggu. Cukup Allah bagiku. Hanya Dia tempat ku bergantung dan memohon pertolongan. Suami ku tiba di sisi ku saat itu. Padanya juga aku memohon maafkan segala dosaku dan agar dia mendoakan aku.

VE jam itu telah 6cm! Pergerakan pantas itu kurasakan begitu Allah sangat kasih pada hamba Nya. Demikian walaupun ada jururawat yang mengatakan selamba, "biasanya kalau primid 1cm 1 jam. dalam 4jam boleh la ni bersalin.." Ucapan itu membuatkan sangat frust. Kesakitan saat ia merenjat sangat menyeksakan. Aku tak mampu tunggu selama itu. HO yang baru mengarahkan aku "jangan teran lagi". Bolehkah aku kata, "bodoh". ? Hanya kerana dia belum bersedia? Jam 0720, aku tak mampu tahan kerana ia memaksa ku melakukan itu. Contraction telah ke fasa aktif. Mujur MO telah datang. Alhamdulillah, perempuan sahaja dibenarkan masuk. Dan bilangannya boleh diterima. Alhamdulillah. Masih belum waktu pejabat bermula.

Jam 0730, aku dibantu untuk melahirkan. Inilah saat nya. Ia telah tiba. Kepala anakku telah dapat dirasa. Aku berusaha bermati2an. Tak terlupa aku sempat berfikir, kalau ibu yang semput dan ada hypertension, proses ini sangat2 menjadi sukar. Kerana aku yang normal juga hampir tak cukup nafas.  Tapi proses itu tak begitu sakit. Ia seperti "memuaskan". Hanya perlukan tenaga yang amat banyak. Nafas yang amat panjang. Alhamdulillah. 23 Ogos, 16 Syawal, 7.52am, cahaya mata itu keluar. Setelah episiotomy yang sangat aku kesali ia terjadi. Mereka kata itu prosedur untuk primid. Ceh. Kesakitan torehan itu lebih menyeksakan. Kemudian jahitan itu juga menyesakkan. Apalagi proses pemulihan nya melemaskan.
Sebaik bayi ku keluar, ia diletakkan di atas badan ku. Kulit bersentuhan. Hangat. Lembut. Pejal. Itu yang aku rasa. Sayu nya. Seorang manusia telah lahir dan hidup keluar dari rahim ku. Alhamdulillah. Ia hamba lelaki. Ia kemudian di bawa keluar. Suami ku juga diminta keluar. Tinggal aku, bersama dengan segala kepahitan di sini. Yang menyebabkan aku terigau2. Dek kedahsyatan dan kekasaran mereka menyelesaikan aku. Allah Ya Latif.. Ya Halim. Ya Rahman. Ya Rahim.. Tiada lah seorang mukmin itu dalam kesakitan walau tertusuk duri melainkan Allah mengampuni dosa nya.
Pesanan ku pada kamu, rawati lah pesakit2 bukan sekadar dengan professional. Tapi hendaklah bersama spiritual yang mampu menenangkan pesakit kamu. Jangan malu untuk membaca basmalah, istighfar dan berselawat. Bukan sekadar memohon maaf. Itulah. Beza, doktor mukmin yang professional, dengan doktor yang professional. Apalagi doktor pelatih. Mengeluh.
Settle semua, aku rasa macam.. serik lah. Cukup lah sekali. Atau, taknak dah bersalin kat hospital tu. Atau, aku tak nak balik ke hospital tu lagi.  Atau.. entah lah. Aku rasa highly pressured dan deeply depressed. Dengan apa yang dah berlaku. Dan yang berlaku selepas tu. Yang aku tak nak ingat. In life, there's no unwounded heart. Aku terluka. Mereka terluka. Apa pun, Alhamdulillah masih ada yang menyayangi dan prihatin. Terima kasih semua. Kalau Allah sayang kita, Allah akan sampaikan kepada hamba2nya di langit, kemudian di bumi, lalu kita merasai kasih sayang Allah. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Dan kalau ada yang menyakitkan dan melukakan kita, itu masanya kita bermuhasabah. Barangkali ada dosa kita yang belum terhapus atau hak yang belum tertunai. Ampuni aku ya Allah.
Kesimpulan keseluruhan nya, Alhamdulillah 'ala kulli hal. Mak kata, paling tidak aku dapat 3 perkara  dalam satu masa. Aku dapat selesaikan PRP, aku dapat berbaitul muslim, dan aku dapat cahaya mata. Bukan kah itu  rezeki dari Allah? Sudah2lah mengingat yang pahit. Banyak lagi kemanisan yang Allah beri. Alhamdulillah.
Antara persiapan menyambut Si Cinta



 
Malam pertama 'Aizsy yang telah lahir. Hanya aku dan kamu.

Kasihan.. Baru hari ke-3, dah demam. Syafakallah.

diari ummi II: harus sabar dan banyak bersabar

Sebelum ni tolong2 jagakan anak orang aje..
Sekarang kena jaga anak sendiri
Mana ada waktu nak escape..
24jam 7 hari semingu
Rajin ke, termalas ke, mmg tu dh jd tanggungjawab.

Mesti banyak bersabar
Dan harus terus bersabar
Nak membesarkan satu nyawa untuk jadi manusia berguna
Yang hidup dan mati kerana Tuhan nya

Dia bukan milik kita
Dia adalah hadiah dari Allah
Jadi amanah untuk kita
Allah sebaik2 penjaga dan pemelihara

Bagi terus sabar dan tsabat
Perlu ada rasa cinta dan kasih sayang yang istiqamah

Ya.
Aku sayang dia
Aku kasih kan dan cinta kan dia
Kerana melalui ku ia datang ke dunia
Demi kehidupan nya aku bermatian menanggung derita sementara
Dan pada nya ku harapkan ada saham bagiku untuk meraih ampunan dan redha Tuhan

Ummi
Semoga ummi sabar dan sentiasa penuh cinta dalam menjaga dan membesarkan kamu
Doa ummi, semoga Allah lebih menjagamu dan lebih mencintaimu
Sungguh, kerana kasih sayang Allah terhadap hambaNya jauh lebih hebat daripada kasih sayang seorang ibu kepada bayinya..
Kerana itu ummi lebih meyakini Allah Yang Menciptakanmu daripada diri ummi sendiri..

'Aizsy. Sayang Ummi.. ^^

Saturday, April 13, 2013

wahai pemuda

wahai pemuda

utamakan keutamaan hidup mu
jangan kamu utamakan minat mu


e.g.
menuntut ilmu itu keutamaan.
hiburan itu minat.

-Ustaz Haslin Bahrim

Thursday, March 28, 2013

fragile. please handle with care.


yes i do am sensitive.

like a glass.

fragile. easy to be broken.
and the problem is.
if i'm broken, i'll hurt others too.

so don't touch when i'm touched.

cukuplah bermadah.

cuma sesuatu yang aku fikirkan.
kenapa lah sampai saat ini aku masih berkecil hati pada suatu tempat tu.
beserta manusia sejagatnya sekali.

awalnya aku begitu cinta padanya.
namun setelah beberapa ketika, khabaran itu benar-benar buat aku tersentak.
dan tentang pemberita itu, berhentilah bercerita. telinga ini letih.

cukup lah.
ia seperti 2005.
pemergian ku amat ku nanti.
berpisah dengan mu takkan aku tangisi.
jauh nya kita tiada pula rindu menunggu.
kau juga membenci ku, kan?
biarlah. biar saja aku lenyap dari sorot penglihatan kamu semua.
daripada terus memandang dibalik duka.
tersenyum dalam kecewa.
ketawa dengan deru nafas hampa.
aku belum kaya jiwa. itu kesimpulannya, kan?

untuk dia.
aku hargai jika benar usaha mu untuk memperbaiki.
insyaAllah, ada kekuatan akan aku suarakan bila usai majlis.
tapi bila difikir semula, siapa aku untuk meluah.
hanya habuk dipinggir meja.
ditiup, terbang hilang dibawa angin.
engkau mungkin takkan endahkan.
maka 2013 ini.
sekian, terima kasih.
kamu terlalu sempurna.
aku tak mahu bersama kamu lagi.
mohon jangan tahan pemergian aku.
biarkan aku menjauh. tolong.
kerana kau takkan bahagia. dan aku juga akan menyimpan luka.


*huhu. nampak nya aku memang tak berubah. orang tak suka, aku tak paksa. biar aku pergi, aku rela daripada terluka. kerana aku terlalu takut dilukai.*

Wednesday, March 27, 2013

nota 1


[disedut dari nasihat Syeikh Jumu'ah Amin kemudian dihadam untuk manfaat diri]


sesuatu perkara itu lebih mendalam kesannya apabila dilakukan oleh
tangan yang berwudhuk
dahi yang banyak sujud
jiwa yang khusyuk
hati yang tenang dan tunduk pada Allah

tanya bagaimana posisi berbanding manusia biasa
bagaimana dengan minimal tilawah 1 juzuk sehari?
bagaimana diri dalam mendirikan qiyamullail setiap malam?
infaq pada jalan dakwah?
bagaimana pula solat dhuha?

seorang kader dakwah itu terikat pada 4 perkara.
1. pada doanya
2. pada dzikir
3. pada qiyamullail
4. juga pada tilawah

bisa lawan kita menggunakan politik wang dalam meraih kemenangan.
namun senjata kita adalah
1. hubungan baik dengan Allah
2. akhlaq dengan manusia

hassan al-banna : "kita menaklukkan manusia dengan cinta"

everything starts from solah


ehhem. not that senior please. (=_=')

i mean. prayer. malay pronounce it as solat.


selalu aku rasa kehidupan aku penuh ketidakkenaan.
"serba tak kena" bunyi lain nya.

why is that actually happen?
a thing that always cross my heart for me to search for the answer is, "how your solah is?"


...


bagaimana solat yang aku jalan kan?
sempurna kah ia?
tentang waktu?
di mana aku kerjakan? bersama siapa?
hati ku di mana?
penghayatan?



oh..
Allahumaj'alni muqiimassolah..wa min zurriyyati.

ya Tuhan jadikan tubuh badan ku ringan untuk melakukan ketaatan terhadap Mu.

kerana itu ketika azan disahut,
"marilah solat. marilah menuju kejayaan"

kerana mesti diakui, kejayaan itu harus datang sebelum nya solat.

kejayaan yang dikecapi dengan membelakangi solat itu hanya lah kejayaan sementara.
jiwa mu takkan tenang. tanpa perlu kamu akui di hadapan umum. hatimu sendiri telah akui.

perbaiki kehidupan.
mulai dengan perbaiki ibadah.
bertitik tolak dari solat.